PENGENALAN
Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional adalah kesinambungan daripada Kongres pertama yang telah dijalankan pada tahun lalu. Dengan bertemakan Mahasiswa Untuk Malaysia , kongres ini dilaksanakan dengan kerjasama seluruh aktivis gerakan mahasiswa yang bersatudi bawah nama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Selain matlamat kesatuan, kongres ini juga berperanan besar dalam memperjelaskan kepada seluruh masyarakat mengenai halatuju gerakan mahasiswa Malaysia . Diharapkan KGMN ini mampu dijadikan aktiviti tahunan dalam membina dan memelihara dimensi perjuangan mahasiswa agar terus relevan dengan pergerakan arus perdana.
FALSAFAH PENGANJURAN KGMN II
a) KGMN berperanan untuk menghimpunkan kekuatan mahasiswa sebagai simbolik kepada kesatuan anak muda yang sentiasa bersiaga untuk membina negara yang lebih baik.
b) KGMN berperanan untuk memasarkan idealisme mahasiswa pasca 2011 dalam menuju kuasa autonomi dalam universiti.
c) KGMN berperanan untuk mengetengahkan inspirasi mahasiswa kepada masyarakat umum bahawa anak muda sentiasa bersedia untuk menjadi tentera kepada rakyat.
OBJEKTIF
a) Melantik barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Negara (MPMN) untuk sesi 2011/2011
b) Melantik kepimpinan baru Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
c) Pelancaran manifesto Kerajaan Mahasiswa
d) Medium untuk mahasiswa melontarkan inspirasi dan berkongsi idealisme.