Ayuh, DAFTAR SEGERA! Buktikan Mahasiswa Malaysia TIDAK MANDOM!

Sebarang pertanyaan, cadangan dan komentar boleh diajukan terus kepada: kongresmahasiswa@gmail.com

Hantarkan Nama penuh, Kampus & No. Tel anda dan emailkan penyertaan anda ke :daftarkgmn@gmail.com

Hubungi : 013-4061946 (Taufik)

SURAT DARI PERANTAU



Date : Fri, Dec 31, 2010 at 4:08 AM

Subject : Salam perjuangan dari Irbid,Jordan

Assalamualaikum wbt

Tahniah dan syabas diatas penganjuran himpunan gilang-gemilang ini. Kami mahasiswa di luar negara meluahkan rasa kagum, juga sedikit cemburu atas himpunan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Sesungguhnya saya percaya ramai mahasiswa di luar yang ingin 'turut serta' dengan himpunan ini. Besarlah harapan kami, agar diadakan rakaman LIVE sewaktu program berlangsung dan dipertontonkan di web-web front mahasiswa yang utama. Moga-moga segala deklarasi, serta harapan seluruh mahasiswa dapat dikongsi seluruh pelusuk dunia.

Selamat berjuang buat barisan pelaksana. Terus bergerak menggegarkan negara

Nur Syahida Abd Majid,
Perubatan,
Jordan Univ. of Science and Tech JUST

SOLIDARITI DENGAN HMM - FAHMI REZA



Oleh : Bro Fahmi Reza
1. Rakan-rakan boleh mengikuti beliau di laman peribadinya di :
http://www.facebook.com/kuasasiswa ataupun di http://studentpowerproject.tumblr.com/

2. Pendaftaran Perhimpunan Mahasiswa Negara (PMN) 11/01/2011 :

Ayuh, hidupkan solidariti mahasiswa Malaysia!

2011 TAHUN PENUHI PERMINTAAN MAHASISWA - SAIFUDDIN


       Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia 1.1.11 dan mendoakan ia berjaya menjadi katalis untuk memperkasa gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan, termasuk politik.

        YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini menyatakan bahawa beliau menganggap remaja sebagai “rakan kongsi” kerajaan. Seruan ini amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa. Pertama, keperluan untuk memenuhi tiga permintaan asas mahasiswa, iaitu: mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranannya diiktiraf, dan mahasiswa mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasikan mahasiswa. Dan kedua, keperluan menghayati hakikat bahawa, di samping sebagai pemimpin masa depan, sebenarnya mahasiswa adalah juga pemimpin hari ini, iaitu pemimpin bagi generasi yang lebih muda, pemimpin bagi angkatannya, dan rakan kepemimpinan dengan universiti, kerajaan dan sebagainya.

         Justeru, sudah tiba masanya kita bersama dalam langkah untuk memenuhi kedua-dua keperluan tersebut. Satu daripada kaedahnya ialah dengan melakukan inovasi demokrasi, iaitu dengan meningkatkan dan meluaskan partisipasi mahasiswa dalam struktur dan proses membuat keputusan.

            Di sinilah relevannya isu membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, iaitu dalam maknanya yang sebenar. Dalam konteks ini, terdapat banyak usaha yang mencadangkan agar ia menjadi realiti. Contohnya, mutakhir ini, ia didokong oleh pelbagai pihak, seperti GAMIS, Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPT 2010, Makmal Pemuda Barisan Nasional dan Makmal Belia Kementerian Belia dan Sukan.    

       Di samping itu, kita perlu memulakan diskusi inisiatif-inisiatif inovasi demokrasi yang lain seperti pendaftaran automatik pemilih, menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun, melantik wakil belia sebagai Senator dan ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan sebagainya.

      Semua ini adalah langkah-langkah untuk mengisi perjuangan membentuk masyarakat baik yang berteraskan budaya ilmu, tamadun tauhidik, keadilan sosial, kemakmuran ekonomi dan kelestarian alam sekitar, sesuai dengan gagasan IMalaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Selamat menyambut tahun 2011 dan salam perjuangan.


SAIFUDDIN ABDULLAH
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 

PENA SISWA

Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia adalah merupakan suatu langkah awal yang baik untuk kita mengumpulkan tenaga-tenaga mahasiswa untuk turun bagi menunjukkan solidariti mahasiswa terhadap masa depan Malaysia. 

Gerakan mahasiswa kita perlu muncul dengan wajah dan visi yang lebih segar. Tidak hanya kewujudan gerakan mahasiswa ini hanya melingkungi dalam kawasan kampus sahaja. Tetapi juga mampu merubah arah pentadbiran negara ini. 

Selain itu, kita juga menginginkan gerakan mahasiswa lebih banyak mengambil bahagian dalam perbincangan ilmiah & wacana-wacana ilmu yang memerlukan idea-idea yang lebih intelektual supaya masyarakat tidak melihat gerakan mahasiswa ini hanya tahu turun ke jalan-jalan unjuk mengusung isu nasional yang berhubungan dengan keadilan sosial, penegakan hak asasi manusia, tapi itu semua hanya berakhir sampai di situ saja. 

Kita perlu menempatkan gerakan mahasiswa ini di hati masyarakat sebagai agen perubahan dengan idealisme dan dengan etika moral yang dimiliki. Kita perlu sentiasa bermotivasi untuk menyegarkan kembali gerakan mahasiswa dan untuk itu kita memerlukan sokongan dan dukungan dari pelbagai pihak terutamanya daripada mahasiswa itu sendiri untuk meneruskan eksistensi gerakan mahasiswa untuk masyarakat, bangsa dan negara.
ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI PELUANG BERJUMPA DAN MENDENGAR
SENDIRI UCAPAN  PARA PIMPINAN DAN AKTIVIS MAHASISWA
JOM HADIRKAN DIRI !


1,000 siswa berhimpun di PJ pada 1 Januari

NONE
Kira-kira seribu mahasiswa merancang berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Januari ini bagi menunjukkan "persaudaraan bawah semangat patriotisme".

Presiden Silidariti Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) berkata program itu antaranya bertujuan lebih mendekatkan diri kepada dunia aktivisme mahasiwa.

"Program ini diharap menjadi pemanas badan kepada program lain pada tahun depan," katanya sambil memberitahu ini kali pertama pihaknya menganjurkan program sebegitu.

Menurut Shazni juga, permit polis akan dipohon hari ini bagi menjalankan program yang dinamakan Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) - penganjur bersama - Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam bermula 8.30 pagi itu juga bertujuan memberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.

Selain itu, tambahnya, ia menujukkan bahawa segala tindakan mahasiswa hendaklah dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Katanya, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan Jalur Gemilang, "pidato mahasiswa berantai" dan pengisytiharan deklarasi mahasiswa 1.1.11 (1 Januari 2011).

TIADA MASALAH DENGAN DUA HIMPUNAN - SHAZNI MUNIR



Dakwaan pihak yang mengatakan dua himpunan mahasiswa di dalam satu bulan yang sama iaitu pada satu dan sebelas Januari ini menggambarkan seakan tiada kerjasama antara pimpinan gerakan mahasiswa Malaysia adalah tidak benar sama sekali. Meskipun  ia melibatkan dua penganjur yang berlainan, ia menyediakan pengisian yang berbeza. Menurut Shazni Munir, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), isu ini timbul berikutan ada pihak yang cuba mengelirukan keadaan malah melaga-lagakan gerakan mahasiswa yang terlibat dalam penganjuran dua himpunan ini. Tambah beliau lagi, himpunan pada 1 Januari 2011 ini hanya merupakan acara sambutan sempena meraikan tahun baru 2011 dengan cara yang berbeza dan sewajarnya mahasiswa menyokong penuh dengan kedua-dua himpunan ini. Menurut saudara Khyrul Hycal, penuntut di UIA yang sempat ditemu ramah, himpunan ini juga adalah merupakan suatu langkah awal yang baik untuk mengumpulkan tenaga-tenaga mahasiswa untuk turun bagi menunjukkan solidariti mahasiswa terhadap masa depan Malaysia. Bernama

Makluman mengenai Perhimpunan Mahasiswa Negara boleh layari di : http://www.pmn2011.com/

PENA SISWA

Mengupayakan Mahasiswa, 
Memaknai Malaysia.

      Berbicara tentang mahasiswa kontemporari di Malaysia rata-ratanya akan menjurus kepada sebuah penutup yang titik noktahnya ialah sebuah pandangan umum yang hampir disepakati bahawa itulah yang sedang berlaku; yakni mahasiswa semakin ketandusan idealisme perjuangan yang tulen, kegagalan mahasiswa untuk mencerap bakat dan upaya intelektual, sekali gus untuk menyegarkan kembali nafas perjuangan mahasiswa demi membina dan mengukuhkan kembali sebuah kebangkitan yang baru, kebangkitan yang kerangkanya sangat memukau khalayak dalam dan luar Malaysia dan kerangka itu pula, akhirnya nanti bakal diisi dan diupayakan oleh para pemikir dan aktivis yang rata-ratanya masih muda dan menuntut di institut pengajian tinggi dan dalam konteks ini sudah tentu kelompok pembangkit ini ialah mahasiswa.

Kerangka perjuangan mahasiswa adalah manifestasi kepada kekentalan semangat dan kekukuhan idealisme, tentu sahaja perlu menterjemahkan dua upaya tersebut ketika beraktivisasi bersama masyarakat pelbagai kelompok yang bukan alang kepalang untuk ditangani. Nelayan yang ditindas oleh tauke bot-bot besar, peniaga kecil yang runsing membayar itu dan ini, pemandu teksi yang tersepit dengan pengangkutan awam yang lebih maju dan jimat; dan seribu satu lagi kerunsingan yang dialami oleh masyarakat Malaysia adalah wajah-wajah suram masyarakat Malaysia yang wajib dikongsi oleh mahasiswa demi merealisasikan Mahasiswa Untuk Malaysia.

Menggagaskan sebuah kerangka pemikiran dan idea yang besar dan agung barangkali ada sedikit mudahnya untuk dilakukan berbanding cabaran untuk mengupayakan gagasan tersebut dengan penglibatan mahasiswa bersama masyarakat. Memalu lantang slogan ‘Mahasiswa Jurucakap Masyarakat’, ‘Mahasiswa Santuni Masyarakat’, ‘Mahasiswa Rakan Masyarakat’ dan sepertinya memanglah sangat mengasyikkan lagu dan iramanya namun segala-galanya ini akan terzahir tempang dan sumbang jika slogan itu rupanya lebih panjang dan gah daripada komitmen mahasiswa untuk menyelami luka-luka masyarakat hingga ke dasarnya. Tambah memualkan, gelagat mahasiswa yang tidak ubah seperti lagak calon pilihan raya yang bertandang dari rumah ke rumah dengan satu ayat keramat yang selalu hanya ketika pilihan raya umum dan kecil sahaja akan didengari dan  semakin muak untuk didengarkan lagi yakni ‘kami akan selesaikan masalah anda’!

Aktivisasi mahasiswa bersama masyarakat harus segera diubah kaedahnya. Matlamat harus lebih besar dan berfungsi untuk menyentak khayalan rakan seangkatan dan sepengajian bahawa ‘kita ada tugas yang maha besar!’. Jangan lagi berprogram seperti Bakti Siswa (Baksis) yang senantiasa seronok programnya seperti pengalaman penulis. Datang ke kampung-kampung dengan tanpa perlu memikirkan lagi soal perbelanjaan kerana itu sudah ditanggung oleh penaja. Turun ke sekolah-sekolah dengan memberi motivasi dan teknik pembelajaran melalui cedok buku-buku motivasi yang komersial nilainya tetapi gagal pula memahami apa sebenarnya kesulitan yang dihadapi oleh para pelajar tersebut. Pertemuan dengan guru-guru pula subjek perbualannya adalah menjurus tentang diri, kursus di universiti, latar belakang keluarga dan senada dengannya. Akhirnya hal paling fundamental pula dilupakan yang sepatutnya dikongsi bersama oleh mahasiswa dan pendidik sekolah tersebut seperti pola keluarga para pelajar disitu, kesulitan menangani masalah disiplin dan puncanya, pencapaian dan strategi sekolah untuk meningkatkan prestasi akademi pelajar. Berbual tentang ini tentulah sangat selaras dengan peribadi mahasiswa yang dipandang tinggi dan menjadi contoh tauladan yang sangat berguna dan berfungsi oleh pelajar sekolah. Demikian salah satu contoh tragedi kegagalan mahasiswa untuk merangka program yang sesuai untuk pelajar dan masyarakat sebagai manifestasi mahasiswa jurucakap masyarakat.

Mengupayakan mahasiswa bermakna menggunakan sedaya upaya bakat intelek dan fikrah perjuangan untuk sanggup hidup dalam kesusahan masyarakat, berbincang dan mendengar suara-suara dari lubuk hati mereka yang terpinggir, merancang sebuah solusi bersama masyarakat dan menyuarakan solusi tersebut dalam kelompok masyarakat, dikelilingi masyarakat sehingga kelihatannya mahasiswa ini adalah pembela yang tegas untuk golongan masyarakat yang rata-ratanya ialah kelompok mustadh’afin.

Interaksi yang berterusan seperti ini mengupayakan pula masyarakat untuk tidak pasif bahkan semakin terkembang pengetahuan dan kefahaman tentang isu semasa melalui kebijaksanaan mahasiswa mencapahkan penerangan dan akhirnya, memahami bersama keperluan untuk  masyarakat dan mahasiswa bergabung demi mencapai matlamat yang kolektif. Masa depan Malaysia seharusnya difahami dan dihadam risikonya oleh sekalian mahasiswa yang menjadi tunjang harapan negara.

Memahami Malaysia dengan kerangka yang lebih luas membawa mahasiswa kepada suatu agenda yang lebih besar lagi yakni apakah kaedah dan manhaj apa yang terbaik patut digembleng supaya sebuah Malaysia yang mahasiswa fahami dapat dimaknai dengan sebaik mungkin. Manhaj yang mampu memberikan sinar baru kepada golongan belia yang perlukan sokongan dari rakan sebaya, golongan tua yang perlukan pemuda yang mampu membela nasib dan celaka hidup mereka, wanita terlanjur yang perlukan bantuan untuk pulang ke pangkal jalan dan sebagainya yang penuh dengan konflik kehidupan sekaligus mampu menyelamatkan Malaysia daripada melalui sebuah episod hitam masa depan, episod yang penuh dengan kerosakan golongan yang sepatutnya menjadi tunjang harapan negara, episod yang melenyapkan wawasan kemajuan yang digaris oleh kepimpinan dan episod yang bakal menghitamkan sejarah kegemilangan Malaysia. Maka disini sangat penting dan kritikal untuk mahasiswa segera memaknai Malaysia ini dengan nilai-nilai progresif bersama masyarakat demi mengekalkan kedaulatan negara.

Memaknai disini ialah sebuah tindakan untuk mengisi kerangka yang telah dibina secara konsensus sesama mahasiswa. Peringkat ini adalah yang sukar untuk dilakukan justeru kerangka tersebut harus dibumikan dan dilebarkan fahamnya bukan hanya dalam kelompok mahasiswa bahkan mampu disebarluar dan luaskan sehingga menyerap ke segenap akar umbi masyarakat.

Walaupun perjuangan untuk masyarakat itu dilihat sangat wajar dan penting namun ufuk pemikiran dan perjuangan harus terus dikembangkan kepada beberapa juzuk yang turut menyentuh masa depan Malaysia. Persoalan masyarakat ketika ini tidak hanya berkisar pada soal untung rugi yang dipungut oleh masyarakat hasil percaturan polisi-polisi oleh kerajaan dan ahli politik semata-mata.

Meyakinkan masyarakat bahawa harapan untuk mereka akan terjamin melalui manifesto-manisfesto parti politik juga bukan sebuah gerak kerja yang cerdik bahkan perjuangan masyarakat ketika ini begitu meluas sehingga melampaui batasan wilayah geografi dan perbezaan warna kulit dan faham keagamaan.

Contohnya persoalan kedaulatan negara yang semakin terhakis ekoran badai globalisasi sepatutnya menyedarkan masyarakat bahawa Mustakbirin yang menjajah dan menguasai kehidupan masyarakat yang Mustadh’afin justeru didalam globalisasi terisi dalamnya sebuah set yang hampir lengkap untuk menanggalkan manusia sedunia daripada berakar dengan kebudayaan dan agama yang asli kepada sebuah kehidupan yang sekular dan terisi kebudayaan yang hedonistik dan seertinya.

Wajah-wajah yang menjadi peralatan untuk menjayakan serangan pemikiran dan kebudayaan adalah seperti McDonaldnisasi, Liberalisme, Islam Liberal, Konsumerisme, Pasca-Modenisme, Kapitalisme dan pelbagai. Unsur-unsur ini, yang dilihat begitu mesra dan hampir dengan keinginan fitrah manusiawi seperti kebebasan, hak asasi manusia, pencerahan, keuntungan dan seumpamanya, berupaya untuk melenyapkan ketulenan bangsa dan kedaulatan negara dengan melenyapkan kebudayaan tempatan dan timur dan berganti kepada sebuah kebudayaan yang global dan sejagat. Timur dan Barat masyarakatnya tidak sama kulitnya namun menganut sebuah kebudayaan telah meletakkan mereka pada duduk berdiri yang sama tinggi.

Memahami kesemua cabaran ini bermakna mahasiswa berada dalam sebuah dilema yang besar dan sukar untuk ditangani namun bukan mustahil untuk ini semua dihadapi dengan bijaksana dan matang asalkan sedikit masa diambil untuk refleksi kembali ke dalam diri dan organisasi untuk merenung sejauh mana persediaan ini sudah digerakkan dan disebarluaskan kepada masyarakat pelbagai peringkat dan latar belakang.

Sebuah pemikiran yang berintikan Malaysia yang tulen dan rencam dengan nilai sejarah budaya dan agama bangsa-bangsa asal yang mendiami wilayah Malaysia wajar segera ditebarkan benihnya dalam pelbagai sektor dan lapangan seperti pendidikan, ketenteraan, kerajaan, seniman dan seumpamanya supaya kefahaman tentang Malaysia yang tulen dan jauh daripada anasir imperialisme mampu dijauhi dengan semangat patriotik dan nilai keagamaan yang tinggi dan kukuh. Inilah hakikat sebenar sebuah Malaysia yang seharusnya dimaknai kandungannya oleh mahasiswa yang bersemangat hebat untuk menggerakkan sebuah kebangkitan baru bersama nilai keilmuan yang diperkasa padu.


*Sebarang penyiaran artikel boleh diemailkan kepada : himpunanmahasiswa@gmail.com
TEMA : Mahasiswa Untuk Malaysia



OBJEKTIF HIMPUNAN :

1) Menghimpunkan mahasiswa Malaysia sebagai tanda solidariti di bawah semangat patriotisme

2) Merangka deklarasi Mahasiswa  Malaysia bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011

3) Memberikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat Malaysia

4) Memberi gambaran kepada masyarakat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap Negara.


MEKANISME HIMPUNAN :

1) Melakar secara beramai-ramai  banner dengan tema jalur gemilang

2) Melakar secara beramai-ramai banner dengan tulisan tema himpunan 
“Mahasiswa Untuk Malaysia”

3) Pidato mahasiswa berantai

4) Edaran memorandum Mahasiswa Untuk Malaysia (untuk ditandatangani semua peserta)

5) Pengisytiharan deklarasi mahasiswa 1.1.11


TENTATIF HIMPUNAN :

TENTATIF HIMPUNAN :

MASA
AKTIVITI
PERINCIAN
8.00 pagi
Berkumpul dan Pendaftaran
·         Mahasiswa akan berkumpul di dataran utama. Pendaftaran peserta yang hadir

8.30 pagi
Taklimat program
·         Taklimat perjalanan program
·         Koordinasi hadirin untuk senam erobik. (Pengasingan peserta lelaki dan wanita)

9.30 pagi
Senaman
·         Mahasiswa akan bersenam secara beramai-ramai

10.00 pagi
Aktiviti Utama                                
·         Peserta himpunan akan mula melakar banner seperti yang di tetapkan
·         Peserta lelaki akan melakar banner dengan tema himpunan
·         Peserta wanita akan melakar banner dengan tema jalur gemilang

11.00 pagi
Perasmian: Dato Saifuddin Abdullah
·         Acara perasmian bermula dengan ucapan terus Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian   Tinggi.

11.45 pagi
Anugerah Ikon Mahasiswa
·     Penyampaian anugerah kepada ikon mahasiswa 2010 oleh Y.A.B Dato Saifuddin Abdullah

Pemidato 1 : GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia)
·         Ahmad Syazwan Hassan
      Presiden GAMIS
Pemidato 2 : SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia)
·      Shazni Munir Mohd Ithnin, 
    Presiden SMM
Pemidato 3 : DEMA (Malaysia Youth and Students Democratic Movement)
·     Ryan Gan, 
     Setiausaha Hubungan Antarabangsa DEMA
Pemidato 4 : PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
·      Abu Qasim Nur Azmi, 
    Naib Presiden Antarabangsa PKPIM
Pemidato 5 : KAMI (Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen)
·         Hilman Idham, 
     Presiden KAMI
Pemidato 6 : KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia)
·      Abdullah Omar Muhamad Fuad, 
     Presiden KARISMA
Pemidato 7 : MPMN (Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional)
·        Mohd Fadzil Bin Jamal, 
     Timbalan MPMN
Pemidato 8 : WAKIL PSM (Pemuda Sosialis Malaysia)
·     Kartiges, 
     Presiden Pemuda Sosialis Malaysia
Pemidato 9 : SIGMA (Srikandi Gerakan Muslimat Muda)
·      Nazirah Abu Bakar,
     Presiden SIGMA
Pemidato 10 : WAKIL MAHASISWA
·         Terbuka kepada umum
1.30 ptg
Pengisytiharan Deklarasi
·         Pengarah Program akan membacakan deklarasi mahasiswa kepada semua peserta yang hadir
1.45 ptg
Penutup
·         Nyanyian Lagu Negaraku
·         Laungan keramat mahasiswa


PENYERTAAN INI TERBUKA KEPADA MAHASISWA/I IPTA/IPTS YANG BERADA DI DALAM MAHUPUN DI LUAR NEGARA, BARISAN KEPIMPINAN KAMPUS DAN BADAN-BADAN BEBAS PENGERAK MAHASISWA NASIONAL.


JANGAN LEPASKAN PELUANG MENYERTAI AKTIVITI YANG MENARIK & ANDA JUGA TURUT BERPELUANG BERSAMA PIMPINAN MAHASISWA YANG HADIR

AYUH, DAFTAR PENYERTAAN ANDA SEGERA!! : daftarhmm2011@gmail.com





SIDANG MEDIA 1.1.11

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) julung-julung kalinya akan menganjurkan himpunan terbesar mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia pada 1 Januari depan bertempat di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Simboliknya, himpunan yang bertemakan "Mahasiswa Untuk Malaysia" akan menghimpunkan 1,111 mahasiswa sebagai simbolik kepada tarikh himpunan serta ketibaan tahun baru aiaitu 1 Januari 2011.
Menurut pengarah program terbabit, Mohd Ezuan Saad, himpunan yang disertai lebih 50 institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta itu diharap dapat dapat membawa mahasiswa turun ke lapangan masyarakat serta memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara.
"Himpunan ini diharapkan dapat berperanan sebagai medan kapada setiap mahasiswa di seluruh negara untuk tampil dengan wajah dan nafas baru yang lebih dinamik pada tahun baru 2011.


"Maka kami mahu para mahasiswa terus memainkan peranan yang dominan di dalam masyarakat serta politik dalam negara kita," katanya ketika sidang media di Gazebo berdekatan Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.
Katanya, program yang dijalankan lebih santai malah dana untuk himpunan ini ditanggung sepenuhnya oleh GAMIS sendiri.
Jurucakap GAMIS, Ahmad Shukri Kamaruddin pula berkata setakat ini permit untuk himpunan tersebut masih belum diperolehi dan perbincangan sedang giat dijalankan dengan pihak polis.
Malah katanya, GAMIS masih menunggu respond daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk merasmikan program itu nanti.
"Petang ini kami akan bertemu pihak berkuasa untuk membincangkan mengenai permit ini. Kami juga turut menjemput Datuk Saifuddin dan masih menunggu maklum balas daripada beliau," jelasnya.

HIMPUNAN MAHASISWA MALAYSIA 1.1.2011


HIMPUNAN MAHASISWA MALAYSIA 

Tema : 'Mahasiswa Untuk Malaysia'

Tempat : Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari


Aktiviti : 


- Lakaran Banner
- Pidato Berantai Pimpinan Mahasiswa 
- Pengisytiharan Deklarasi Mahasiswa




*Seluruh mahasiswa tanah air, badan-badan perwakilan pelajar, kelab, persatuan mewakili mahasiswa di peringkat nasional mahupun kampus dijemput hadir.